Deklarasi Tindakan Marrakech diluluskan dalam Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Marrakech semalam.
Deklarasi tersebut telah mengulang lagi pendirian untuk menyokong Perjanjian Paris dan menegaskan bahawa pelbagai pihak perlu membut komitmen politik yang terbesar untuk melaksanakan perjanjian tersebut.
Pengumuman deklarasi tersebut menandakan bermulanya era "pelaksanaan dan tindakan".
Menurut deklarasi Marrakech, Perjanjian Paris telah menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi di samping memperlihatkan prinsip adil, "tanggungjawab bersama tetapi berbeza" dan sesuai dengan kemampuan negara-negara sendiri.
Pelbagai pihak diseru agar mementingkan perubahan iklim, membantu negara yang paling mudah dipengaruhi perubahan iklim di samping membasmi kemiskinan dan menjamin keselamatan makanan.
Deklarasi tersebut juga menegaskan negara-negara maju perlu menunaikan janji mereka untuk menghulurkan bantuan kepada negara-negara membangun dari segi modal dan teknologi.