Cari:
China-Ecuador Jalinkan Hubungan Rakan Strategik Komprehensif
2016-11-18 15:50:55 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Ecuador, Rafael Correa Delgado mengadakan pertemuan di Quito Khamis lalu waktu tempatan. Pemimpin kedua-dua negara membuat keputusan untuk menaiktaraf hubungan dua hala kepada hubungan rakan strategik komprehensif.

Xi Jinping berkata bahawa Ecuador merupakan salah sebuah negara yang penting di Amerika Latin. hubungan China-Ecuador telah mencapai perkembangan yang menakjubkan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. China akan terus menyokong Ecuador mencari jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan sebenar sendiri, aktif terlibat dalam pembinaan semula pasca gempa bumi, bersedia meningkatkan kerjasama hakiki dengan negara itu dalam pelbagai bidang, meluaskan pertukaran sosiobudaya dan membuka masa depan hubungan China-Ecuador yang lebih cerah.

Presiden Correa pula menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi ini pasti akan mempererat hubungan kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama bilateral yang dapat membawa manfaat lebih besar kepada rakyat kedua-dua negera.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan kukuh dalam pembinaan semula di kawasan bencana gempa bumi. Ecuador sentiasa memegang dasar satu China, berusaha meningkatkan kerjasama dan pertukaran dalam bidang politik, ekonomi perdagangan dan sosiobudaya antara kedua-dua pihak.

Menurut beliau, sebagai negara pengerusi bergilir Kumpulan 77 Negara untuk tahun depan, Ecuador akan terus mendorong kerjasama Kumpulan Negara 77+China dalam rangka pelbagai pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China