Persidangan Internet Dunia ke-3 berakhir di Wuzhen, provinsi Zhejiang, timur China hari ini.
Persidangan ini bertemakan "Pembangunan Internet Dipacu Inovasi Demi Faedah Semua: Bina Komuniti Berkongsi Masa Depan di Ruang Siber". Ia menarik peserta dari lebih 110 buah negara dan kawasan di dunia.
Ketua Pengarah Jabatan Maklumat Internet Negara China, Xu Lin ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penutup menyatakan bahawa kita perlu menggalakkan kesalinghubungan Internet, berkongsi maklumat dan bersama-sama memelihara keselamatan ruang siber.