Cari:
Wawasan Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Siber Jadi Tumpuan
2016-11-18 17:57:36 CRI Cetak

Ucapan Presiden China, Xi Jinping pada majlis perasmian Persidangan Internet Dunia ke-3 di Wuzhen Rabu lalu, yang menegaskan kesediaan China untuk bersama-sama masyarakat antarabangsa memperjuangkan kesejahteraan seluruh umat manusia, menjunjung konsep kedaulatan ruang siber, menjadikan tadbir urus ruang siber global lebih adil dan munasabah serta membina komuniti berkongsi nasib ruang siber, menjadi tumpuan peserta tempatan dan asing.

Pengasas Alibaba, gergasi e-dagang China, Ma Yun menyifatkan wawasan komuniti berkongsi nasib ruang siber memperlihatkan komitmen padu China terhadap pembangunan ruang siber dunia. Rangkaian Internet tiada batasnya, sepertimana yang disebut oleh Presiden Xi, menjadi sumber inspirasi kepada beliau.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Tencent, pembekal perkhidmatan Internet terbesar China, Ma Huateng menyatakan bahawa ucapan Presiden Xi telah mengenal pasti hala tuju industri Internet. Dalam pada itu, syarikat-syarikat Internet perlu memikul lebih banyak tanggungjawab, di samping bergabung tenaga dengan pelbagai lapisan masyarakat berdasarkan prinsip sama rata dan saling menghormati demi merealisasikan wawasan tersebut.

Pengerusi Sina, gergasi internet China, Cao Guowei berpendapat, memandangkan wujudnya perbezaan dari segi tahap pembangunan Internet serta latar belakang kebudayaan, prinsip mencari titik persamaan dan menerima perbezaan antara satu sama lain serta menghormati cara tadbir urus yang berbeza perlu diutamakan ketika mempertahankan hak kedaulatan ruang siber.

Konsep pembangunan inovatif yang dikemukakan oleh Presiden Xi meninggalkan impresi mendalam kepada Pengerusi NOKIA, Li Situo. Beliau mengganggap inovasi teknologi mampu menjana pembangunan dan kemakmuran ke arah mewujudkan dunia yang lebih selamat, mampan, efisien dan berpotensi.

Beliau turut memuji strategi pembangunan dipacu inovasi yang diperkenalkan kerajaan China, dan yakin bahawa inisiatif tersebut akan menguntungkan seluruh dunia.

Naib Pengarah Jawatankuasa Penasihat Maklumat Negara (ACSI), Zhou Hongren pula berpendapat, ucapan Presiden Xi mencerminkan China semakin mengutamakan keselamatan siber, termasuk perlindungan privasi dan keselamatan rantaian pembekal. Melihat kepada impak yang dibawa oleh Internet, kerjasama holistik amatlah diperlukan bagi memastikan sistem tadbir urus ruang siber global berkembang ke arah yang lebih adil dan munasabah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China