Kongres Korea Selatan meluluskan undang-udang khas dan pelan siasatan berkaitan skandal rasuah yang membabitkan Presiden Park Geun-hye.
Menurut laporan media tempatan, kelulusan undang-undang khas itu untuk menubuhkan kumpulan pendakwa raya khas untuk menyiasat kes tersebut. Menurut undang-undang itu, dua orang pendakwa raya bebas akan dipilih daripada parti pembangkang, seorang daripadanya akan dilantik oleh Presiden.
Kumpulan itu akan menjalankan siasatan selama 70 hari. Tempoh penyiasatan boleh dilanjutkan 30 hari lagi sekiranya disetujui oleh Presiden.