Presiden China, Xi Jinping telah tiba Lima malam tadi waktu tempatan untuk menghadiri Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 serta mengadakan lawatan negara di Peru.
Xi Jinping menyatakan bahawa Peru merupakan negera yang penting di rantau Amerika Latin yang mempunyai sejarah lama dan budaya yang cemerlang. China dan Peru sentiasa mengekalkan prinsip sama rata, saling menguntung dan menghormati untuk mengembangkan hubungan kedua-dua negara. Kini, prospek kerjasama China-Peru cerah dan potensi kerjasama kedua-dua negara amat besar. Lawatan Presiden Xi kali ini adalah untuk mengeratkan persahabatan, memperluas konsensus, mengintensifkan kerjasama dan mendorong pembangunan.
Beliau menambah, China menyokong Peru menghoskan sidang kemucak APEC kali ini dan menanti-nantikan pertemuan dengan pemimpin Peru. Beliau percaya lawatan kali ini pasti akan mencapai hasil yang memuaskan.