Cari:
Enam Negara Barat Kekalkan Sekatan ke atas Rusia
2016-11-19 14:54:35 CRI Cetak

Canselor Jerman, Angela Merkel telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang dalam rangka lawatannya di negara itu, serta Perdana Menteri Britain, Theresa May, Presiden Perancis, François Hollande, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy dan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi di Berlin semalam.

Obama dalam kenyataan setelah pertemuan tersebut berkata para pemimpin yang terlibat menyokong terus mengenakan sekatan terhadap Rusia.

Menurut kenyataan tersebut, pemimpin enam buah negara tersebut berpendapat bahawa sekiranya Rusia tidak melaksanakan kewajibannya yang tercatat dalam Perjanjian Minsk, maka sekatan terhadap Rusia mesti dilanjutkan.

Merkel pula menyatakan, pemimpin enam negara tersebut berpendapat bahawa situasi kemanusiaan di Aleppo Syria perlu diperbaiki. Mereka juga telah membincangkan situasi di bandar Al-Raqqah Syria dan bandar Mosul Iraq yang diduduki kumpulan ekstremis Negara Islam (IS).

Setelah pertemuan dengan pemimpin lima buah negara Eropah, Barack Obama telah menamatkan lawatan terakhirnya di Jerman dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden AS. Beliau kemudian bertolak ke Lima, ibu negara Peru untuk menghadiri sidang kemuncak APEC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China