Cari:
Ekonomi Zon Euro Pulih ke Taraf Sebelum Krisis
2016-11-19 14:55:29 CRI Cetak

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 19 buah negara di zon Euro tahun ini telah pulih ke taraf sebelum krisis kewangan 2008.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi dalam Persidangan Industri Perbankan Eropah di Frankfurt, Jerman semalam.

Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi di zon euro kini sederhana dan stabil. Jumlah peluang pekerjaan telah bertambah 4 juta sejak 2013, manakala jurang perbezaan pertumbuhan ekonomi antara pelbagai negara anggota pun kian kecil.

Beliau berkata, kadar pengangguran di zon euro telah menurun ke 10%, manakala penggunaan dalam negeri telah menggantikan eksport menjadi daya dorongan utama bagi pemulihan zon euro.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China