Cari:
Penyusunan Prosedur Perjanjian Paris
2016-11-20 14:26:47 CRI Cetak

Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Marrakech telah berakhir pada awal pagi semalam waktu tempatan. Pelbagai pihak telah mencapai kata sepakat tentang topik prosedur Perjanjian Paris dan menegaskan sekali lagi keazaman untuk melaksanakan perjanjian tersebut.

Wakil pelbagai pihak telah mengadakan beberapa pusingan rundingan dua hala dan pelbagai hala tentang draf resolusi persidangan sehingga mencapai kata sepakat pada awal pagi semalam. Keputusan Persidangan Pemateri Pertama Perjanjian Paris dan Keputusan Persidangan Pemateri ke-22 Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB telah diluluskan.

Menurut keputusan berkenaan, negara-negara maju dialu-alukan mengemukakan peta garisan untuk melaksanakan bantuan modal berjumlah USD100 bilion setiap tahun menjelang 2020, manakala negara-negara membangun pula diseru menambah peruntukan untuk menunaikan janji masing-masing.

Ketua delegasi China, wakil khas China atas hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua memberitahu wartawan bahawa persidangan kali ini telah menyatakan keazaman pelbagai negara untuk menghadapi perubahan iklim dan melaksanakan Perjanjian Paris.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China