Penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Ali Al-Za'tari semalam telah mengeluarkan kenyataan menyeru pelbagai pihak yang terlibat dalam konflik di Syria supaya menghentikan serangan terhadap rakyat jelata dan kemudahan awam, dan membenarkan PBB menjalankan penyelamatan kemanusiaan di kawasan timur Aleppo, utara Syria.
Menurut kenyataan itu, konflik di beberapa tempat di Syria kian meningkat sehingga beberapa sekolah dan hospital sering mengalami serangan. Penduduk awam merupakan mangsa yang paling menderita dalam konflik kekerasan ini. Oleh itu, PBB menyeru serangan terhadap rakyat jelata dan kemudahan awam dihentikan segera.