Presiden China, Xi Jinping yang berada di Lima untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC ke-24, telah ditemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama petang semalam. Beliau menyanjung tinggi usaha Obama untuk menggalakkan hubungan China-AS.
Xi berkata, kini hubungan antara China dengan AS berada pada fasa yang amat penting. Kedua-dua negara ini diharap berusaha bersama-sama, mempergiat kerjasama dan mengawal perselisihan, agar menjamin peralihan hubungan kedua-dua negara yang stabil, serta mencapai kemajuan baharu.
Obama pula berkata, hubungan AS-China yang konstruktif sejajar dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara bahkan seluruh dunia. Beliau komited berusaha bersama-sama dengan China untuk membina hubungan dua hala yang berkekalan dan berhasil.