Agensi Berita Pusat Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), KCNA mengeluarkan ulasan semalam, menggesa Amerika Syarikat (AS) meneliti situasi semasa dan melepaskan sikap bermusuhan terhadapnya. Kalau tidak, penyelesaian isu Semenanjung Korea tidak dapat mencapai kemajuan.
Menurut KCNA, beberapa media AS menunjukkan bahawa pemimpin tertingi DPRK, Kim Jong-il menegaskan lagi iltizam iaitu tidak melepaskan pembangunan nuklear ketika mengadakan tinjauan di pasukan tentera.
Beberapa sarjana dan media AS berpendapat bahawa AS tidak sepatutnya terus mengambil tindakan bermusuhan terhadap DPRK, sebaliknya memandangkan betul situasi semasa dan mengubahsuai dasarnya terhadap negara itu.