Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 yang dirasmikan di Lima, ibu negara Peru semalam, telah disertai para pemimpin 21 anggota APEC termasuk Presiden China, Xi Jinping.
Mesyuarat APEC kali ini bertemakan "Pertumbuhan Berkualiti dan Pembangunan Manusia".
Para pemimpin akan bertukar-tukar pendapat mengenai integrasi ekonomi serantau, zon perdagangan bebas Asia Pasifik, kesalinghubungan dan kerjasama dalam industri perkhidmatan, di samping mengeluarkan deklarasi pada akhir sesi mesyuarat berkenaan.