Cari:
Ucaptama Xi dalam Sidang Kemuncak CEO APEC Dapat Sambutan
2016-11-21 12:42:28 CRI Cetak

Ucaptama bertajuk "Intensifkan Perkongsian bagi Tingkatkan Momentum Pembangunan" yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2016 di Lima, Peru pagi semalam, mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak.

Akhbar "Bangkok Post" Thailand dalam artikelnya menyebut, ucaptama Presiden Xi itu memberikan isyarat yang jelas bahawa China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dalam ekonomi dan mengambil bahagian dalam kerjasama di bawah mekanisme multilateral perdagangan.

Hal ini bermanfaat bagi mendorong ekonomi dan perdagangan dunia.

Naib Presiden Bank Kasikorn Thailand, Wichai Kinchong Choi berkata, pelbagai pihak meletakkan harapan kepada China agar memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi dan perdagangan global, di samping menyifatkan ucaptama Presiden Xi itu amat meyakinkan.

Penganalisis politik Indonesia, Bambang Suryono pula berkata, China telah melaksanakan pelbagai langkah penting dalam usaha kesalinghubungan sejagat.

Antara langkah penting tersebut termasuklah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang telah menarik perhatian banyak negara Asia Pasifik.

Negara-negara Asia Pasifik berharap agar China terus merintis usaha dalam kesalinghubungan serantau bagi mewujudkan pembangunan menerusi reformasi dan inovasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China