Cari:
Presiden Xi Ditemui Leung Chun-ying
2016-11-21 16:28:54 CRI Cetak
Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, Leung Chun-ying, yang turut menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 di Lima, ibu negara Peru semalam.

Selepas mendengar taklimat daripada Leung mengenai situasi semasa Hong Kong dan laporan kerja kerajaan, Xi berkata, kerajaan pusat mengakui sepenuhnya tugas Ketua Eksekutif dan pentadbiran kerajaan SAR.

Beliau berharap agar Leung akan terus mengetuai jentera tadbir urus kerajaan SAR, di samping berusaha mendorong pertumbuhan ekonomi dan membaiki taraf hidup rakyat, mengekalkan perpaduan negara serta memelihara kestabilan politik dan sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China