Cari:
Xi Ucap Tahniah sempena Tahun Pelancongan China-AS
2016-11-21 16:51:03 CRI Cetak

Majlis sambutan Tahun Pelancongan China-Amerika Syarikat (AS) 2016 berakhir di Washington malam semalam.

Ketika menyampaikan ucapan pada majlis penutupan, Presiden Xi Jinping berkata, beliau, yang mewakili kerajaan dan seluruh rakyat China, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penganjuran Tahun Pelancongan China-AS 2016, khususnya kepada semua pihak yang begitu komited terhadap perkembangan hubungan dan kerjasama antara China dengan AS selama ini.

Tegas beliau, penganjuran Tahun Pelancongan China-AS adalah keputusan penting yang dicapai antara beliau dengan Presiden Barack Obama, yang bertujuan untuk mendorong pembinaan hubungan baharu dua negara besar, China-Amerika, selain memperkukuh kerjasama pragmatik dan ikatan persahabatan dalam kalangan rakyat.

Tahun Pelancongan China-AS yang merangkumi pelbagai aktiviti itu telah membuahkan hasil yang menggalakkan melalui kerjasama padu kedua-dua pihak, sekali gus menyuntik kedinamikan baharu dalam hubungan China-AS.

Tambah Xi lagi, hubungan China-AS tidak mungkin dapat diteruskan tanpa sokongan rakyat kedua-dua negara.

Beliau berharap agar Tahun Pelancongan China-AS ini dapat dijadikan titik permulaan baharu bagi mendorong pertukaran sosiobudaya, meningkatkan rasa saling memahami antara rakyat kedua-dua negara dan mewujudkan asas yang kukuh bagi memastikan hubungan China dengan AS terus berkembang maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China