China menggesa Mongolia supaya sedar akan muslihat kumpulan pemisah Dalai Lama ke-14 dan menggambil tindakan sewajarnya bagi menghindari pengaruh negatif daripada lawatan Dalai ke Mongolia.
Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang semalam.
Geng turut melahirkan rasa tidak puas hati pihak China terhadap Mongolia yang masih berdegil dengan mengundang Dalai melawat ke negara itu.
Menurut jurucakap itu lagi, Dalai telah lama menjalankan kegiatan untuk memisahkan Tibet dari tanah air dengan mengeksploitasi isu agama.
China menentang sekeras-kerasnya kegiatan pemisahan yang dilakukan oleh Dalai dan membantah sebarang usaha daripada mana-mana tokoh kerajaan yang mahu menjalinkan hubungan dengannya.