Bintang tenis Britain, Andy Murray mengakhiri kempen 2016 selaku pemain nomber satu dunia selepas merakam kemenangan meyakinkan 6-3,6-4 ke atas Novak Djokovic, sekali gus merangkul kejuaraan sulung Jelajah ATP Dunia Final di London 20 November lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu kini menjadi pemain warga Britain pertama yang berjaya menamatkan kempen tahunan sebagai pemain nomber satu dunia sejak pengenalan sistem rangking ATP pada tahun 1973.