Cari:
Langkah Penting bagi Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik
2016-11-22 15:18:20 CRI Cetak

Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 berakhir di Lima, ibu negara Peru pada 20 November lalu. Deklarasi Lima yang diluluskan dalam mesyuarat itu menandakan langkah yang penting bagi inisiatif China untuk menubuhkan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik.

Menurut Deklarasi Lima itu, 21 buah entiti ekonomi di kawasan Asia-Pasifik menegaskan lagi komitmen untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik serta menjadikannya sebagai laluan yang penting untuk meningkatkan integrasi ekonomi di rantau APEC.

Dalam mesyuarat itu, pemimpin pelbagai entiti ekonomi telah mengesahkan laporan penyelidikan mengenai strategi kolektif kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik yang diserahkan oleh Mesyuarat Menteri-Menteri APEC dan cadangan polisi berkenaan.

Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski dalam sidang media selepas mesyuarat itu berakhir berkata, perdagangan merupakan faktor asas bagi memastikan kemakmuran dunia, China adalah antara anggota penting bagi menggalakkan pembangunan rantau Asia-Pasifik.

Inisiatif penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik dikemukakan dalam mesyuarat APEC di Hanoi pada tahun 2006 dan persepakatan mengenai Peta Garisan Beijing tentang APEC Menggalakkan Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik dicapai dalam mesyuarat APEC di Beijing pada tahun 2014. Dalam mesyuarat itu, pelbagai pihak juga bersetuju melancarkan penyelidikan strategi kolektif mengenai kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik untuk menggalakkan proses penubuhan kawasan perdagangan bebas itu secara sistematik dan menyeluruh.

Laporan penyelidikan mengenai strategi kolektif kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik telah membuat penilaian terhadap pengaruh ekonomi dan keberkesanan sosial yang berpotensi bagi kawasan perdagangan bebas itu, menyenaraikan pelbagai kaedah yang mungkin boleh digunakan untuk menubuhkan kawasan perdagangan bebas, mendapati sekatan pelaburan perdagangan dan memastikan penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik sebagai sasaran utama dalam proses integrasi ekonomi rantau Asia-Pasifik.

Selain itu, laporan tersebut juga mengeluarkan siri cadangan termasuk menjadikan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik sebagai platform penting bagi mewujudkan integrasi rantau Asia-Pasifik pada masa depan, manakala APEC, sebagai "inkubator" kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik akan terus memainkan peranan yang lebih penting dalam menggalakkan pembangunan kawasan perdagangan bebas berdasarkan prinsip terbuka, inklusif dan menang-menang.

Laporan tersebut menyatakan bahawa perlu menggalakkan pembinaan mekanisme laporan kerja mengenai penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik, Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan memikul tanggungjawab untuk menggubal rancangan kerja demi melaksanakan cadangan polisi secara menyeluruh pada tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China