Cari:
Xi: Cipta Dimensi Baharu Kerjasama Media China-Amerika Latin
2016-11-23 11:15:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghadiri upacara perasmian Sidang Kemuncak Pemimpin Media China-Amerika Latin di Santiago, Chile semalam, dan menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Mencipta Dimensi Baharu dalam Kerjasama Media China-Amerika Latin".

Presiden Xi dalam ucaptama itu berkata, pertukaran media adalah sebahagian komponen penting dalam hubungan China-Amerika Latin dan berperanan penting bagi memperkukuh persahabatan antara rakyat kedua-dua pihak.

Beliau turut mengemukakan tiga cadangan ke arah mengintensifkan kerjasama antara media China dengan negara-negara Amerika Latin, iaitu pertama, berganding bahu meningkatkan prestasi media serantau; kedua, menyumbang kepada peningkatan kerjasama pragmatik China-Amerika Latin; ketiga, saling mempelajari dan menimba pengalaman.

Tambah beliau, China akan menyediakan latihan kepada 500 pengamal media di negara-negara Amerika Latin dan Caribbean dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China