Cari:
Saranan Presiden Xi Dapat Sambutan Baik
2016-11-23 16:41:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Saranan untuk membangunkan ekonomi terbuka di Asia Pasifik, yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping semasa menghadiri siri mesyuarat APEC di Lima, mendapat sambutan baik daripada pakar dan sarjana Asia Tenggara.

Dalam ucapan pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC, Presiden Xi menyifatkan keterbukaan sebagai jiwa kepada ekonomi Asia Pasifik, sambil menyeru agar pihak-pihak terlibat komited terhadap penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik(APFTA).

Sehubungan dengan itu, penyelidik kanan dari Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat bahawa pelbagai negara perlu memberikan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan menggalakkan PKS lebih aktif melibatkan diri dalam perdagangan bebas serantau.

Penganalisis politik dari Indonesia, Bambang Suryono pula menganggap bahawa ucapan Presiden Xi itu memperlihatkan komitmen China untuk terus meningkatkan tahap keterbukaannya demi menggalakkan integrasi ekonomi serantau. Hal ini akan menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kepada pelbagai negara dan menyuntik kedinamikan baharu untuk pemulihan ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China