Cari:
Jepun Giat Rapatkan Hubungan dengan Negara Asia Tenggara
2016-11-23 16:44:47 CRI Cetak

Baru-baru ini, kerajaan Jepun giat menjalankan aktiviti untuk merapatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Asia Tenggara. Bermula pada bulan September hingga sekarang, pemimpin dari beberapa negara telah mengadakan lawatan ke Jepun, antaranya lawatan yang diadakan oleh pemimpin beberapa negara Asia Tenggara termasuk Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi tumpuan ramai.

Penganalisis berpendapat bahawa dalam tempoh lawatan pemimpin asing tersebut, Jepun berusaha untuk membujuk negara Asia Tenggara dengan menawarkan bantuan ekonomi dan apa yang disebut "mengamalkan nilai yang sama", berniat mengimbangi kekuatan China dari segi strategi dan mengurangkan pengaruh China.

Isu Laut China Selatan merupakan topik utama dalam perbincangan antara pemimpin Jepun dengan pemimpin negara Asia Tengara. Jepun berjanji membantu Filipina meningkatkan keupayaan penjagaan keselamatan maritim dalam tempoh lawatan Presiden Filipina Duterte ke Jepun. Sehubungan itu, kedua-dua negara telah menandatangani dokumen mengenai Jepun menyerahkan dua buah kapal peronda dan pesawat latihan jenis TC-90S yang dimiliki pasukan pertahanan diri maritim Jepun (JMSDF) kepada Filipina. Selain itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe juga menyatakan kesediaan untuk memberikan dua kapal peronda kepada Malaysia dalam lawatan Perdana Menteri Malaysia, Najib ke Jepun. Tindakani ini merupakan salah satu langkah Jepun untuk meningkatkan bantuan kepada negara yang berperairan Laut China Selatan. Menurut Kementerian Luar Jepun, pemimpin Jepun dan Malaysia telah bertukar-tukar pendapat mengenai isu Laut China Selatan dan mengenalpastikan peri pentingnya "tadbir urus hal ehwal maritim di sisi undang-undang dan kerjasama antarabangsa".

Penganalisis berpendapat bahawa Jepun berusaha memikat negara-negara Asia Tenggara berasaskan pertimbangan strategik. Pada bulan Ogos lalu, Abe mengeluarkan dasar diplomatik baharu iaitu "strategi Lautan Hindi dan Lautan Pasifik yang bebas dan terbuka" dan menegaskan pihaknya akan memelihara keselamatan maritim di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dengan tujuan menyekat China dengan isu maritim. Dengan ini, negara-negara Asia Tenggara termasuk Filipina, Myanmar dan Malaysia menjadi alat penting bagi Jepun. Selain mencari kepentingan bersama dari segi strategik, Jepun juga meneroka peluang perniagaan dalam pembangunan ekonomi yang pesat di negara-negara Asia Tenggara.

Negara-negara Asia Tenggara tentu menyedari niat Jepun. Walaupun mereka dengan aktif menarik bantuan ekonomi dan teknologi dari Jepun, tetapi mereka enggan menjadi alat Jepun untuk bersaing dengan China dalam isu Laut China Selatan.

Ketika menyampaikan ucapan dalam Forum Ekonomi Filipina yang dianjurkan agensi perdagangan Jepun, Presiden Filipina Duterte menegaskan, pihaknya berpegang kepada dasar luar yang bebas dan berharap memupuk persahabatan dengan semua negara termasuk China. Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi pula mengambil sikap yang sama ketika menjawab soalan wartawan Jepun mengenai hubungan China-Myanmar, Jepun-Myanmar. Beliau menyatakan, negaranya berharap menjalin hubungan persahabatan dengan setiap negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China