Seorang lelaki yang mewarisi sebuah rumah daripada ahli keluarganya seperti mendapat "durian runtuh" apabila terjumpa sejumlah 100 kilogram emas yang tersembunyi di bawah perabot rumah tersebut di Evreux, Normandy.
Menurut BBC, lelaki berkenaan yang enggan namanya didedahkan, menemukan emas tersebut di pelbagai lokasi termasuk di bawah timbunan kain dan bilik mandi, termasuk 5,000 kepingan emas, dua jongkong emas seberat 12 kilogram dan 37 jongkong emas seberat 1 kilogram. Keseluruhannya dianggarkan bernilai USD3.7 juta (RM16.3 juta).
(sumber Utusan Malaysia)