Cari:
China Kemas Kini Permit Pelepasan Bahan Pencemar
2016-11-24 15:04:31 CRI Cetak

Dewan Negara China mengeluarkan Skim Pelaksanaan Sistem Kawalan Permit Pelepasan Bahan Pencemar baru-baru ini untuk memastikan prosedur pengeluaran permit berkenaan dijalankan secara lebih teratur dan mengesa syarikat-syarikat supaya memikul tanggungjawab setimpal dalam melindungi alam sekitar.

Langkah ini dianggap besar maknanya bagi meningkatkan pengawalseliaan terhadap pelepasan bahan pencemar dan turut memperlihatkan iltizam kerajaan China untuk menangani masalah pencemaran dan menyempurnakan sistem perlindungan alam sekitar yang masih kurang lengkap dan tidak bercekap pada masa ini.

Naib Ketua Institut Pengajian Polisi Sumber dan Alam Sekitar(IREP) dari Pusat Penyelidikan Pembangunan (DRC) Dewan Negara China, Chang Jiwen menyatakan bahawa skim baharu tersebut lebih bertumpu kepada mengehadkan pengeluaran permit pelepasan bahan pencemar; melakukan penilaian terhadap prestasi pelbagai jenis industri dalam melepaskan bahan pencemar supaya tidak melanggar piawaian berkenaan serta menjejaskan kehidupan rakyat dan alam sekitar; mengurangkan kuantiti pelepasan, di samping membina sistem akauntabiliti dan kredibiliti pihak-pihak terlibat dalam pengurusan masalah persekitaran. Dikatakan, skim tersebut mewajibkan pelbagai jenis industri memastikan pelepasan bahan pencemar mereka tidak melebihi kuantiti yang difailkan dengan pihak berkuasa dahulu. Mereka yang melakukan penipuan akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menurut jadual skim tersebut, menjelang hujung 2016, loji kuasa haba dan industri kertas merupakan dua sektor perintis yang melakukan pembaharuan terhadap struktur pelepasan bahan pencemar di dalam negeri, bandar Beijing, Tianjin dan provinsi Hubei tertumpu kepada sektor besi dan keluli serta industri simen, manakala provinsi Hainan di selatan China pula bermula dari industri petrokimia. Seterusnya, permit pelepasan bahan pencemar yang dikeluarkan kepada sektor utama membabitkan kualiti udara dan air akan dikemaskan semula pada 2017. Menjelang 2020, hampir semua sektor dan industri di China akan memperoleh permit berkenaan yang selaras dengan piawaian terbaru berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China