Lawatan Presiden Xi Jinping ke tiga buah negara Amerika Latin serta menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 merupakan tindakan diplomasi yang penting bagi kerajaan China untuk meningkatkan hubungan dengan rantau Asia Pasifik dan Amerika Latin.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi dalam satu temu bual dengan wartawan menjelang berakhirnya lawatan Presiden Xi kali ini.
Menurut Wang, kehadiran Presiden Xi dalam mesyuarat APEC adalah untuk berbincang mengenai kerjasama Asia Pasifik dalam usaha mencapai kemakmuran bersama, manakala lawatan beliau ke tiga negara Amerika Latin pula tertumpu pada peningkatan hubungan dua hala.
Tambah beliau, lawatan kali ini turut menarik perhatian pengamal media pelbagai negara dan dianggap berfaedah dalam mendorong kerjasama Asia Pasifik dan hubungan China-Amerika Latin serta amat bermakna kepada pemulihan ekonomi global.