Cari:
Korea Selatan, Jepun Kongsi Maklumat Risikan Ketenteraan Ancam Keselamatan Serantau
2016-11-24 16:35:57 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo dan Duta Besar Jepun ke Korea Selatan, Yasumasa Nagamine mewakili kerajaan masing-masing telah menandatangani Perjanjian Perlindungan Maklumat Risikan Ketenteraan (GSOMIA) secara rasmi di Seoul semalam. Hal ini telah mengundang penentangan yang keras daripada rakyat Korea Selatan dan kebimbangan media negara itu.

Media Korea Selatan melaporkan bahawa GSOMIA merupakan perjanjian ketenteraan pertama antara Korea Selatan dan Jepun selepas Korea Selatan membebaskan diri daripada penjajahan Jepun pada tahun 1945. Menurut maklumat berkenaan, selepas perjanjian itu berkuatkuasa, Korea Selatan dapat berkongsi maklumat yang dikumpulkan oleh lima buah satelit Jepun mengenai pangkalan kapal selam, pangkalan peluru berpandu balistik dan peluru berpandu balistik kapal selam Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Selain satelit, Jepun juga memiliki empat buah radar yang mampu mengesan peluru berpandu DPRK yang setinggi lebih seribu meter, enam buah kapal pembinasa Aegis dan 17 buah pesawat amaran awal udara. Manakala, Jepun boleh mendapat maklumat risikan dan maklumat audio dan video lain yang dikumpulkan oleh Korea Selatan melalui sumber di sempadan DPRK-China dan pesawat pengintip.

Tiga parti pembangkang terbesar di Korea Selatan iaitu Parti Bersatu Demokratik, Parti Rakyat dan Parti Keadilan masing-masing membidas GSOMIA sebagai "perjanjian yang menjual negara" dan mendakwa perjanjian itu dikesahkan secara tergesa-gesa oleh Park Geun-hye, seorang presiden yang tidak berlayakan. Ketiga-tiga parti itu sedang mempertimbangkan untuk menyerahkan usul kepada Parlimen untuk memecat Han Min-koo daripada jawatan Menteri Pertahanan Korea Selatan.

Menurut hasil tinjauan umum yang dijalankan Agensi Gallup Korea Selatan pada 18 November lalu, 59% daripada 1007 responden menentang GSOMIA dengan alasan Korea Selatan tidak boleh meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Jepun yang masih belum mengakui sejarah pencerobohan. Pada 23 November lalu, sebanyak 11 buah pertubuhan kalangan rakyat mengadakan protes di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Korea Selatan bagi membantah perjanjian itu dan menggesa Presiden Park Geun-hye meletakkan jawatannya.

Akhbar Hankyoreh Korea Selatan menganggap bahawa Jepun berharap menandatangani GSOMIA dan Perjanjian Pembekalan Barangan dan Pekerja dengan Korea Selatan kerana perjanjian tersebut akan menjadi batu loncatan bagi Jepun memperhebat kekuatan tenteranya, selain membolehkan Pasukan Pertahanan Diri Jepun memasuki Semenanjung Korea. Penandatanganan perjanjian itu akan memburukkan lagi situasi keselamatan di Asia Timur Laut, dan mengakbiatkan isu nuklear Semenanjung Korea lebih sukar untuk diselesaikan.

Ada media Korea Selatan menganggap bahawa Korea Selatan akan menghadapi masalah serius jika meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Jepun yang berkemungkinan mencetuskan perang, dan kerjasama ini juga mengancam keselamatan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China