Cari:
Korea Selatan, Jepun Kongsi Maklumat Risikan Ketenteraan Ancam Keselamatan Serantau
2016-11-24 16:48:42 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo dan Duta Besar Jepun ke Korea Selatan, Yasumasa Nagamine mewakili kerajaan masing-masing telah menandatangani Perjanjian Perlindungan Maklumat Risikan Ketenteraan (GSOMIA) secara rasmi di Seoul semalam. Hal ini telah mengundang penentangan yang keras daripada rakyat Korea Selatan dan kebimbangan media negara itu.

Media Korea Selatan melaporkan bahawa GSOMIA merupakan perjanjian ketenteraan pertama antara Korea Selatan dan Jepun selepas Korea Selatan membebaskan diri daripada penjajahan Jepun pada tahun 1945. Menurut maklumat berkenaan, selepas perjanjian itu berkuatkuasa, Korea Selatan dapat berkongsi maklumat yang dikumpulkan oleh lima buah satelit Jepun mengenai pangkalan kapal selam, pangkalan peluru berpandu balistik dan peluru berpandu balistik kapal selam Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China