Tiada sebarang petunjuk yang dapat memastikan kerajaan baharu Amerika Syarikat (AS) akan menarik diri daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Demikian dinyatakan Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo dalam sidang media di Geneva semalam.
Beliau berkeyakinan penuh untuk meneruskan kerjasama dengan AS selepas Donald Trump menyandang jawatan Presiden.
Tambah beliau, pihaknya akan membuat persiapan sebaik-baik mungkin untuk mengadakan dialog dengan kerajaan baharu AS bagi memperkasakan kerjasama sedia ada.