Cari:
China Memperkasa Kerjasama dengan Amerika Latin
2016-11-25 13:53:38 CRI Cetak

Sempena Persiden China, Xi Jinping mengakhiri lawatan ke tiga negara Amerika Latin, kerajaan China telah mengeluarkan dokumen mengenai dasar terhadap Amerika Latin dan Caribbean semalam. China pernah mengeluarkan dokumen seumpama itu buat pertama kali pada tahun 2008. Penganalisis berpendapat bahawa dokumen itu menganalisis dengan teliti perubahan yang berlaku di China dan Amerika Latin, dan bertujuan untuk menyediakan peta garisan bagi mempercepat dan meningkatkan kualiti kerjasama kedua-dua pihak.

Ini merupakan kali ketiga Presiden China, Xi Jinping melakukan lawatan ke negara Amerika Latin sejak beliau menyandang jawatan Presiden pada tahun 2013. Lawatan ini memperlihatkan perhatian pemimpin China terhadap hubungan China-Amerika Latin. Dokumen yang mempunyai sebanyak lebih 8 ribu perkataan itu telah mengemukakan cadangan untuk memperkasakan kerjasama China-Amerika Latin pada masa depan dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan, masyarakat, sosiabudaya dan koordinasi antarabangsa.

Ketika menyebut tentang dokumen mengenai dasar China terhadap kawasan Amerika Latin tersebut, ahli penyelidik daripada Inistitut Pengajian Amerika Latin Akademi Sains dan Sosial China, Xu Shicheng menganggap bahawa hubungan China-Amerika Latin telah meningkat kepada peringkat kerjasama komprehensif. Dokumen itu telah menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-Amerika Latin pada masa depan agar kedua-dua pihak mengambil sikap yang ikhlas dan saling mempercayai dalam politik, bekerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang dalam bidang ekonomi dan perdagangan, saling mempelajari dalam bidang sosiobudaya, melakukan koordinasi dalam urusan antarabangsa, menjalankan kerjasama dengan pelbagai negara disamping menggalakkan perkongsian komprehensif China-Amerika Latin berkembang ke tahap baharu.

Menurut data berkenaan, hubungan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Latin berkembang dengan baik pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2015, jumlah perdagangan dua hala mencatat USD 236.5 bilion. Ketika membicarakan tentang masalah yang mungkin wujud dalam kerjasama dua hala, dokumen itu mencadangkan kedua-dua pihak perlu berusaha meneroka potensi agar perdagangan dua hala berkembang dengan seimbang, sihat dan mewujudkan kepelbagaian struktur. Dokumen itu juga mengeluarkan cadangan yang melibatkan kerjasama dalam bidang pelaburan industri, kapasiti pengeluaran, kewangan, infrastruktur dan industri pembuatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China