China mencapai kemajuan ketara dalam usaha mewujudkan pembangunan mampan, yang menyediakan teladan baik untuk dicontohi negara membangun lain.
Demikian dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Erik Solheim dalam temu bual bersama wartawan baru-baru ini.
Kata beliau, China telah mengalami pembangunan yang pesat dalam tempoh sedekad lalu, baik dalam bidang ekonomi, mahupun dalam mewujudkan pembangunan lestari.
Solheim turut menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan terhadap usaha China dalam memperbaiki alam sekitar dan merealisasikan pembangunan lestari yang mesra alam.
Tambah beliau, UNEP bakal menyediakan sokongan kepada syarikat swasta di China yang didapati memberikan sumbangan semakin besar dalam perlindungan alam sekitar di negara ini.