Cari:
China Perkasa Hubungan dengan Amerika Latin
2016-11-26 14:51:13 CRI Cetak

Dokumen kedua tentang dasar terhadap Amerika Latin dan Caribbean, yang dikeluarkan kerajaan China menjelang berakhirnya lawatan rasmi Presiden Xi Jinping ke tiga negara Amerika Latin, telah mengenal pasti bidang kerjasama lebih luas antara kedua-dua pihak, sekali gus memperlihatkan keprihatinan tinggi pemimpin China terhadap hubungan dengan rantau berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang semalam berkata, China bersedia mengambil peluang ini untuk meningkatkan perkongsian kerjasama komprehensif yang sama rata dan menang-menang dengan Amerika Latin ke tahap baharu demi pembangunan bersama.

Dokumen tersebut merangkumi 39 pelan kerjasama yang melibatkan lapan bidang iaitu politik, ekonomi dan perdagangan, kemasyarakatan, sosiobudaya, koordinasi antarabangsa, kedamaian, keselamatan dan kehakiman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China