Cari:
Tentera Syria Duduki Kawasan Penting di Aleppo
2016-11-27 15:16:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tentera kerajaan Syria berjaya menduduki semula sebuah kawasan penting di bandar Aleppo, utara Syria semalam.

Pada hari yang sama, Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad menuntut Turki supaya segera mengundurkan tenteranya dari Syria.

Menurut sumber tentera Syria, selepas bertempur sengit dengan pemberontak, tentera kerajaan berjaya menawan semula daerah Hanano di timur Aleppo.

Hanano merupakan kawasan paling luas yang dikuasai kumpulan bersenjata antikerajaan di bandar itu sebelum ini.

Menurut laporan media, kejayaan itu akan membantu tentera kerajaan mengepung pemberontak yang berada di Aleppo.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China