Rakyat Korea Selatan mengadakan perhimpunan besar-besaran pusingan ke-5 di pusat bandar Seoul bagi menuntut Presiden Park Geun-hye meletakkan jawatan.
Ini merupakan perhimpunan berskala paling besar selepas terbongkarnya skandal membabitkan kawan karib Park, Choi Soon Sil yang didakwa campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.
Perhimpunan semalam disertai oleh lebih 1,500 buah pertubuhan kalangan rakyat. Pihak polis menganggarkan kira-kira 270 ribu orang telah menyertai perhimpunan tersebut. Namun, menurut pihak penganjur pula jumlah peserta mencatat 1.5 juta.
Hasil tinjauan pendapat umum menunjukkan bahawa pada minggu keempat bulan November, kadar sokongan terhadap Presiden Park Geun-hye hanya 4%, paras paling rendah antara semua presiden Korea Selatan sebelum ini. Malah, dalam kalangan responden berusia antara 19 hingga 39 tahun, tiada seorang pun yang menyatakan sokongan terhadap Park Geun-hye.