Cari:
Pemberontak Syria Didakwa Guna Senjata Kimia
2016-11-27 15:18:18 CRI Cetak

Kumpulan antikerajaan Syria didapati pernah menggunakan bom yang mengandungi gas mustard, iaitu sejenis senjata kimia pada bulan September lalu. Hal ini terbukti dengan barang yang diperoleh anggota pemeriksa Rusia di Aleppo, bandar di barat laut Syria baru-baru ini.

Menurut Kementerian Pertahanan Syria, sebuah kem tentera kerajaan yang berada di utara Aleppo pernah diserang bom mortar oleh pemberontak pada bulan September lalu. Serangan itu menyebabkan lebih 40 orang cedera, dengan sebahagiannya dipercayai terkena gas beracun.

Anggota pemeriksa Rusia telah menjalankan pemeriksaan di lokasi serangan tersebut dan menemui sebutir bom mortar yang tidak meletup di sana.

Ujian susulan menunjukkan bahawa terdapat gas mustard dalam bom tersebut yang boleh menyebabkan kulit melepuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China