Cari:
Presiden Xi Ucap Takziah Atas Pemergian Castro 
2016-11-27 15:45:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Xi Jinping, bagi pihak kerajaan dan rakyat China, mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Cuba atas pemergian bekas presiden negara itu, Fidel Castro.

Xi dalam ucapan takziahnya berkata, Fidel Castro yang merupakan pengasas Parti Komunis dan perjuangan sosialis Cuba, telah membaktikan seluruh hayatnya untuk memperjuangkan pembebasan bangsa, mempertahankan kedaulatan negara dan membangunkan sosialisme. Beliau juga membuat sumbangan yang besar untuk pembangunan sosialisme dunia. Sejarah dan rakyat akan memperingati beliau buat selama-lamanya.

Pemimpin pelbagai negara asing turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Cuba.

White House Amerika Syarikat dalam satu kenyataan menyampaikan simpati kepada keluarga Castro, sambil menyatakan pengaruh yang dibawa beliau terhadap rakyat Cuba dan dunia akan kekal dalam lipatan sejarah. 

Ikon revolusi Cuba, Fidel Castro, meninggal dunia pada usia 90 tahun di Havana pada malam 25 November lalu.

Berita mengenai pemergian beliau diumumkan oleh Presiden Cuba, yang juga adiknya, Raul Castro, menerusi stesen televisyen nasional negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China