Cari:
Putin Akan Lawat Jepun
2016-11-28 14:21:14 CRI Cetak

Hubungan antara Moscow dengan Tokyo mulai memecahkan kebuntuan selepas pemimpin kedua-dua negara melakukan pertemuan sepanjang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru seminggu lepas. Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida dilaporkan akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov di Moscow minggu depan sebagai persiapan bagi kunjungan Presiden Vladimir Putin ke Jepun yang dijadualkan pada pertengahan Disember nanti.

Sebenarnya, selepas lawatan Perdana Menteri Shinzo Abe ke Rusia dilakukan pada bulan Mei lalu, beberapa rundingan mengenai kerjasama ekonomi dan pertikaian wilayah yang membabitkan sekumpulan pulau Pasifik yang sekian lama belum selesai, telah diadakan antara kedua-dua negara. Menurut penganalisis, Jepun menghulurkan tangan tanda persahabatan kepada Rusia dengan menawarkan beberapa pelan kerjasama ekonomi, manakala Rusia berpendirian tegas terhadap kedaulatan wilayah. Oleh hal yang demikian, kedua-dua negara mustahil menemukan kompromi berkaitan pemilikan empat buah pulau di gugusan Pulau Kuril dalam masa terdekat ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Rusia sentiasa membela kepentingannya di gugusan Pulau Kuril, atau Wilayah Utara yang digelar Jepun, menerusi langkah-langkah seperti membangunkan kemudahan ketenteraan, meningkatkan penempatan anggota tentera, melakukan latihan ketenteraan besar-besaran, memajukan infrastruktur tempatan dan lain-lain. Malah, kehadiran kerap kali pemimpin negara itu di gugusan pulau berkenaan juga dilihat sebagai tanda iltizam Moscow untuk mempertahankan hak kedaulatannya.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menekankan bahawa Kepulauan Kuril merupakan wilayah Rusia, yang sudahpun termaktub di dalam beberapa perjanjian berprestij. Beliau menggesa supaya Jepun mengakui fakta ini sebelum memulakan perbincangan mengenai isu menandatangani perjanjian perdamaian dengan Rusia.

Ketika bertemu dengan Presiden Putin di Sochi pada Mei lalu, Abe pernah menawarkan lapan pelan kerjasama ekonomi bilateral kepada Rusia, antaranya termasuk penerokaan sumber tenaga, modenisasi di Timur Rusia dan lain-lain. Putin menegaskan bahawa beliau ingin bergerak maju dalam usaha membaiki hubungan dengan Jepun. Namun, negara itu tidak akan mengalah pada "hasil Perang Dunia II" tersebut.

Jepun meletakkan harapan tinggi ke atas lawatan Putin kali ini yang dianggap dapat membawa kedua-dua negara keluar daripada pertikaian wilayah. Namun, Rusia berpendapat, disebabkan pendirian Moscow dan Tokyo jauh berlainan, maka kunjungan tersebut mustahil membuahkan hasil yang signifikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China