Cari:
Dua Kawasan Aleppo Didapat Kembali Oleh Syria
2016-11-28 15:32:28 CRI Cetak

Tentera Kerajaan Syria memiliki semula Kawasan Sakhour dan Kawasan Badro di Aleppo dari pemerintahan anggota militan 27 bulan ini.Kejayaan ini dicapai selepas mendapat kembali Kawasan Hanano iaitu daerah terbesar yang dikawalkan anggota militan di Aleppo 26 November lalu.

Demikian dikatakan salah seorang tokoh pihak tentera Syria,di samping dia berkata,daerah-daerah yang telah dimiliki tersebut terletak di bahagian pusat dalam kawasan kawalan anggota militant,keadaan ini boleh membantu tentera Syria menjalakan rancangan pengepungan.

Menurut laporan media dari pihak tentera Syria,tujuan tindakan ketenteraan pihak Syria yang dilancarkan di bahagian timur Aleppo adalah untuk menyelamatkan rakyat jelata yang hidup di kawasan kawalan anggota mulitan,pihak tentera kerajaan mestilah akan tiba tempat itu.

Pada 27 November lalu,Perbadanan Tinjauan Hak Kemanusiaan Syria London(SOHR) berkata,rakyat jelata Aleppo yang melarikan diri dari kawasan kawalan anggota militant ke kawasan kawalan tentera kerajaan Syria sudah mencecah 3000 orang dalam 24 jam yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China