Cari:
Syria Tawan Semula Dua Kawasan Di Aleppo
2016-11-28 15:56:59 CRI Cetak

Tentera kerajaan Syria semalam berjaya menawan semula daerah al-Sakhour dan daerah kejiranan Jabal Badra yang dikuasai kumpulan pemberontak. Kejayaan besar tersebut dicapai selepas tentera Syria berjaya menawan semula Masaken Hanano yang menjadi daerah terbesar dikuasai kumpulan pemberontak di timur Aleppo, kelmarin.

Menurut pihak tentera Syria, daerah-daerah yang berjaya dirampas semula itu terletak di tengah-tengah kawasan kawalan kumpulan pemberontak, sekali gus memudahkan tentera Syria mengepung kawasan tersebut.

Pihak media pula melaporkan, tujuan tentera Syria melancarkan serangan di bahagian timur Aleppo adalah untuk menyelamatkan penduduk awam yang terkepung di kawasan itu.

Menurut pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), hampir 3000 penduduk awam melarikan diri dari kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak ke kawasan dikuasai kerajaan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China