Cari:
Jepun Susun Semula Skim Tarif Keutamaan
2016-11-29 14:25:38 CRI Cetak

Kementerian Kewangan (MOF) Jepun baru-baru ini memutuskan untuk menyusun semula Skim Tarif Keutamaan yang dijangka akan berkuatkuasa pada tahun fiskal 2019.

Menurut skim yang sedia ada, negara dan kawasan yang menjana pendapatan negara kasar (GNI) per kapita melebihi USD12,736 (RM56,781) dalam tempoh tiga tahun berturut-turut tergolong dalam kategori negara berpendapatan tinggi menurut kriteria Bank Dunia, tidak menikmati tarif keutamaan. Sebagai tambahan kepada skim terbaru itu, yang diletakkan berada dalam kategori negara berpendapatan pertengahan-atas dengan mencapai GNI per kapita melebihi USD 4,125 (RM18,390) serta memiliki dominasi eksport sebanyak satu peratus lebih dalam pasaran global, juga tidak lagi disenaraikan di bawah skim tarif tersebut. Laporan Nikkei Asian Review (NAR) pada 18 November lalu berkata, lima buah negara antaranya China, Malaysia, Mexico, Brazil, dan Thailand tidak akan menikmati tarif keutamaan yang diberikan kerajaan Jepun disebabkan prestasi ekonomi kesemua negara tersebut cukup baik.

Penganalisis beranggapan, keputusan MOF itu sebenarnya adalah untuk melindungi produk-produk buatan Jepun di samping meningkatkan hasil dalam negeri, yang dikritik sebagai perlindungan perdagangan, hingga mengundang impak negatif terhadap kegiatan perdagangan global. Namun begitu, China berpendapat, situasi perdagangan antarabangsa yang sering berubah-ubah tidak akan menggoyahkan keazaman kuasa terbesar di Asia ini dalam menjayakan pembaharuan terhadap struktur ekonominya demi mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang ketika mengulas tentang skim tarif terbaru Jepun itu menyatakan bahawa biarpun output ekonomi China menduduki tempat kedua di dunia, namun, negara ini masih jauh daripada mencapai matlamat mewujudkan modenisasi dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, pembangunan bandaraya dan kawasan pedalaman, kebajikan masyarakat dan lain-lain. Dalam konteks ekonomi dunia masih meleset serta kegiatan perdagangan dan pelaburan tetap lembap, China dan Jepun, selaku dua buah entiti ekonomi utama, perlu menyumbangkan usaha kepada perkembangan perdagangan kedua-dua negara, malah pertumbuhan ekonomi dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China