Cari:
Persidangan Islam Kebangsaan ke-10 Di Beijing
2016-11-29 13:36:39 CRI Cetak

Persidangan Islam Kebangsaan ke-10 China telah diadakan di Beijing pada 26 hingga 28 November lalu. Persidangan itu membuat rumusan tentang kerja-kerja yang dirancang dalam Persidangan Islam Kebangsaan ke-9 dan mencadangkan tugas dan hala tuju kerja pada masa depan.

Dalam sidang itu, Laporan Kerja Jawatankuasa ke-9 Persatuan Islam China (IAC) dan pindaan Piagam IAC telah diluluskan, di samping pemilihan secara kolektif 22 pemimpin baharu IAC, yang diketuai oleh Yang Faming. Sebanyak 372 wakil dari 31 provinsi, wilayah autonomi etnik dan bandar di bawah pimpinan terus kerajaan pusat China telah menghadiri sidang itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) China, Yu Zhengsheng telah menemui para pemimpin baharu IAC di Dewan Rakyat di Beijing semalam. Beliau menegaskan bahawa perkembangan agama Islam di China perlu berdasarkan keadaan China, mewarisi dan mengembangkan ajaran agama Islam dengan baik di China, memandu penganut Islam meningkatkan kesedaran terhadap negara, undang-undang dan kewarganegaraan, mencegah pengaruh daripada pelbagai fahaman pelampau dan mengambil tindakan yang relevan bagi mempertahankan perpaduan bangsa, agama dan kestabilan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China