Jurulatih bola tampar yang terkemuka di China, Lang Ping yang berusia 59 tahun menyatakan baru-baru ini, walaupun terdapat pasukan negara asing mengundang beliau menyandang jawatan ketua jurulatih, tetapi beliau telah menolak undangan tersebut. Jika boleh, beliau hendak mengetuai pasukan bola tampar wanita China berjuang dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.