Seorang wanita warga emas Itali, Emma Morano meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-117 ketika dia dipercayai menjadi satu-satunya individu di dunia yang dilahirkan pada abad ke-19.
Dilahirkan pada 29 November 1899, Morano merupakan yang tertua di dunia dengan rahsia panjang umur warga emas itu terletak pada keengganannya menggunakan perubatan moden.
Morano tinggal bersendirian selepas bercerai dengan suaminya pada 1938 dan dia bekerja di sebuah kilang menghasilkan guni bagi menyara kehidupannya.