Cari:
71 Maut dalam Nahas Udara Colombia
2016-11-30 16:46:17 CRI Cetak

Menurut maklumat terkini daripada pihak rasmi Colombia, nahas udara yang berlaku pada pagi semalam mengakibatkan 71 maut, manakala hanya enam orang terselamat dalam kemalangan itu.

Pesawat sewa khas tersebut turut membawa pasukan bola sepak Brazil, Chapecoense yang dijangka bermain dalam perlawanan akhir Copa Sudame­rica pada hari ini di Medellin.

Menurut laporan BBC, pesawat itu memberikan isyarat kecemasan ekoran kegagalan bekalan elektrik sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara.

Presiden Brazil, Michel Temer semalam mengumumkan perkabungan selama tiga hari di seluruh negara dan menzahirkan dukacita beliau melalui media sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China