Cari:
China Gesa Rundingan Enam Pihak Isu Nuklear Semenanjung Korea Disambung Semula
2016-12-01 14:27:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Semua pihak yang terlibat dalam isu nuklear Semenanjung Korea digesa mempercepat proses untuk menyambung semula rundingan damai enam pihak, di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kestabilan dan membebaskan semenanjung tersebut daripada nuklear.

Gesaan demikian dinyatakan oleh Wakil Tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liu Jieyi ketika berucap selepas Resolusi 2321 berhubung dengan isu nuklear Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada 30 November lalu. UNSC dalam resolusi tersebut mengutuk ujian nuklear yang dijalankan di negara itu pada 9 September lalu dan menggesa DPRK menghentikan program nuklear dan peluru berpandu balistik.

Liu Jieyi berkata, resolusi tersebut turut menegaskan peri pentingnya ketegangan situasi di Semenanjung Korea diredakan melalui usaha-usaha bersepadu semua pihak pada ketika ini. Pihak-pihak berkenaan digesa melaksanakan dengan sepenuhnya peraturan yang telah ditetapkan dalam resolusi UNSC tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China