Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata demikian ketika menghadiri satu forum di Moscow pada 30 November lalu.
Menurut akhbar laman web Istana Kremlin, Putin berkata, Rusia dan AS tidak mampu mengatasi segala cabaran yang wujud dalam masyarakat pada ketika ini tanpa menjalinkan hubungan rakan dengan sungguh-sungguh.
Beliau berkata, hubungan Rusia dan AS semakin buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh pihak Rusia. Rusia berharap agar peluang bagi membaiki hubungan Rusia dan AS akan muncul berikutan presiden AS baharu dipilih kerana hubungan kedua-dua negara yang semakin pulih itu amat penting bagi mempertahankan kesejahteraan hidup rakyat serta memastikan keselamatan dan kestabilan dunia pada masa depan.
Sebelum ini, Putin dan Presiden baharu AS, Donald Trump ketika berhubung melalui telefon baru-baru ini sebulat suara berpendapat, hubungan kedua-dua negara perlu dibaiki pada masa depan.