Cari:
China Berpegang kepada Penyelesaian Isu Syria secara Politik
2016-12-01 14:09:02 CRI Cetak

Sekiranya mahu meredakan situasi di Aleppo, kawasan utara Syria, semua pihak mesti mempertimbangkan keadaan di Syria secara menyeluruh, berpegang kepada penyelesaian isu Syria secara politik, di samping melaksanakan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai pengantara utama.

Saranan tersebut disampaikan naib Wakil Tetap China ke PBB, Wu Haitao semalam.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang terbuka mengenai isu Syria semalam serta mendengar laporan mengenai Aleppo yang dibentangkan oleh utusan khas PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura melalui telesidang.

Ketika menyampaikan ucapan, Wu Haitao menyatakan bahawa bagi meredakan ketegangan di beberapa kawasan Syria termasuk Aleppo, masyarakat antarabangsa perlu menimbangkan empat perkara, iaitu mewujudkan gencatan senjata, mengadakan rundingan politik, menyalurkan bantuan kemanusiaan dan melancarkan operasi antikeganasan bersama, di samping menggesa semua pihak yang terlibat segera menghentikan tindakan permusuhan, mengekalkan rundingan damai untuk mencapai persepakatan dan meningkatkan bantuan kemanusiaan di Aleppo.

Tambah Wu, China mengalu-alukan bantuan yang dihulurkan oleh Rusia dan kerajaan Syria. China berharap agar agensi PBB dapat meningkatkan koordinasi dengan Rusia dan kerajaan Syria bagi menangani krisis kemanusiaan di Syria berdasarkan piagam PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China