Cari:
Zaman Pasca Raja Bhumibol Adulyadej
2016-12-01 16:09:41 CRI Cetak

Dewan Perundangan Thailand semalam mengesahkan putra mahkota Maha Vajiralongkorn naik takhta yang turut dinobatkan sebagai Raja ke-10 negara Gajah Putih. Dengan demikian, Thai memasuki zaman pasca Bhumibol Adulyadej.

Mendiang Bhumibol Adulyadej yang memerintah selama 70 tahun, terbukti berjaya menyelaraskan hubungan antara keluarga raja, pasukan tentera dengan ahli politik dalam sistem raja berperlembagaan. Peranan yang dimainkan mendiang Bhumibol dilihat sangat penting bagi memelihara kestabilan Thai. Sebahagian kewibawaan politik mendiang Bhumibol sememangnya dimandatkan oleh perlembagaan, tetapi yang selebihnya tidak terlepas dari karisma tersendiri yang terbukti mampu membantu menyelesaikan sesuatu krisis negara dengan hanya menitah sedikit sahaja.

Pada masa ini, muncullah kebimbangan tentang kemungkinan pelbagai golongan yang akan memilih membuat huru-hara disebabkan kemangkatan Bhumibol yang mengakibatkan Thai sekarang ini kehilangan satu ikon yang berprestij tinggi.

Dalam sejarah di Thai, setiap maharaja memerlukan masa untuk membina kewibawaannya sejak naik takhta. Seawal tahun 1932, revolusi tentera mengakhiri sistem diraja yang diamalkan selama beratus-ratus tahun di Thai dan menubuhkan sistem raja berperlembagaan. Maka, peranan yang dimainkan keluarga diraja sebelum itu kelihatan tiba-tiba menjunam. Kemudian, Justru dengan usaha yang disumbangkan oleh mendiang Bhumibol dengan bertungkus-lumus dalam tempoh belasan tahun lamanya, keluarga diraja Thai barulah dapat memperolehi semula kepercayaan dari rakyat jelata, dan mengharumkan semula namanya.

Dalam tempoh sedekad yang lalu, Thai mengalami pergolakan yang luar biasa seperti dua kali rampasan kuasa yang sudahpun berlaku di negara itu. Sepanjang berlakunya pergolakan seumpama itu, keluarga diraja kelihatan sentiasa sependirian dengan pasukan tentera. Setelah rampasan kuasa berlaku pada tahun 2006, pasukan tentera pun mengumumkan hanya taat setia kepada keluarga diraja. Seterusnya, kerajaan Prayuth Chan-ocha yang mencetuskan rampasan kuasa lagi pada tahun 2014, memilih berdasarkan titah mendiang Bhumibol, berusaha mewujudkan mekanisme muafakat serta membina undang-undang politik dan pemilihan bagi memelihara kestabilan politik dan menghapuskan percanggahan masyarakat.

Pada Ogos tahun ini, Thai melalui pengundian meluluskan perlembagaan baharu yang bertujuan mengurangkan kemungkinan berlakunya huru-hara politik yang diakibatkan konflik parti. Menurut penganalisis, pasukan tentera akan bekerjasama secara lebih rapat dengan raja baharu untuk memelihara kestabilan politik di Thai.

Situasi Thai tetap menghadapi banyak ketidakpastian termasuk masalah perbezaan golongan dalam pasukan tentera dan pilihan raya pada tahun hadapan. Sebagai negara raja berperlembagaan, Thai tidak mengizinkan raja mencampur tangan secara langsung terhadap urusan negara. Dengan demikian, situasi politik di negara itu boleh dikatakan masih didominasi oleh parti dan tentera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China