Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pembaharuan ekonomi China terus diperkasakan, dan telah membuah hasil dalam banyak aspek termasuk mengurangkan kos menjalankan urus niaga, mengawal risiko hutang tempatan dan melaksanakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Demikian dinyatakan Ketua Pejabat Penyelidikan Dasar Ekonomi China Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Margit Molnar ketika diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua di Paris baru-baru ini.
Margit berkata, indeks daripada OECD menunjukkan bahawa seiring dengan kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk mempermudahkan prosedur pentadbiran dan menyerahkan kuasa pengesahan dan pelulusan kepada jabatan yang peringkat lebih rendah, kos bagi mengendalikan syarikat telah dikurangkan dengan ketara, jumlah syarikat berdaftar yang baharu meningkat dengan cepat.
Dalam bidang pelaksanaan inisiatif B&R pula, Margit menganggap bahawa usaha itu bukan sahaja menggalakkan penggabungan strategi perdagangan dan pelaburan antara negara dan kawasan, tetapi juga telah memainkan peranan yang positif dalam kerjasama antarabangsa yang melibatkan perlindungan hak harta intelektual dan penanganan isu perubahan iklim.