Cari:
DPRK Akan Ambil Langkah Hadapi Resolusi Baharu PBB
2016-12-02 16:18:11 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) berkata semalam, negaranya akan mengambil "langkah bersifat pembelaan diri yang lebih hebat" untuk menghadapi resolusi baharu mengenai sekatan terhadap DPRK yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Agensi Pusat Berita Korea DPRK melaporkan, jurucakap tersebut menyatakan bahawa ujian peledak nuklear yang bo­leh dipasang pada peluru berpandu dilakukan Pyongyang pada September lalu menggambarkan tekad kuat tentera dan rakyat DPRK untuk bertindak balas sekiranya dicerobohi. Sekiranya Semenanjung Korea dan kawasan sekitar berada dalam keadaan yang kehilangan kawalan, Amerika Syarikat yang merancang resolusi sekatan terhadap DPRK itu mesti memikul tanggungjawab setimpal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China