Cari:
China Kawal Penularan Wabak Aids
2016-12-02 15:36:26 CRI Cetak

1, Disember merupakan Hari Aids Sedunia 2016 yang tertumpu kepada topik "bersama-sama membanteras Aids, pencegahan amat penting". Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China (CDC), sehingga September yang lalu, jumlah orang yang dijangkiti HIV atau pesakit Aids di China mencatat 654 ribu kes, manakala jumlah kematian akibat wabak itu mencatat 201 ribu orang. Tindakan seks menjadi saluran paling utama bagi penularan wabak tersebut. Selain itu, penularan wabak itu dalam kalangan pelajar dan warga emas kelihatan semakin meningkat.

Seperti yang berlaku di banyak negara lain, saluran penularan wabak Aids di China telah berubah dari darah dan injeksi intravena kepada tindakan seks. Menurut stasitik CDC, 120 juta penduduk China menerima ujian virus HIV dari Januari hingga September tahun ini. Hasilnya, 96 ribu orang dikesan dijangkiti virus HIV, dengan 94.2 peratus mereka dijangkiti virus itu melalui cara seks. Pakar dari CDC, Puan Wang Lu berkata, "Pencegahan penularan Aids yang berjangkit melalui tinakan seks menjadi kerja yang penting. Pada masa ini, penularan melalui tindakan homoseks menduduki 30 peratus. Sementara itu, penularan melalui tindakan seks berlainan jantina menduduki lebih 60 peratus."

Antara penduduk yang baru dikesan dijangkiti virus HIV dalam sembilan bulan pertama tahun ini, terdapat lebih dua ribu orang pelajar. Wang Lu berkata, "kebanyakan pelajar yang dijangkiti virus HIV ialah lelaki. 77 peratusnya ialah pelajar yang berusia 18 hingga 22 tahun. Selain itu, 80 peratus mereka dijangkiti virus itu melalui tindakan homoseks lelaki. Hanya satu pertiga mereka dikatakan menggunakan kondom ketika melakukan tindakan seks. Gejala itu amat membimbangkan."

Menurut pakar, pendidikan seks terhadap mahasiswa dan pelajar sekolah menengah amat penting. 10 sekolah menengah di Beijing kelmarin mewujudkan ruang khusus untuk mempopularkan pengetahuan tentang pencegahan wabak Aids.

Wabak Aids juga menular dengan semakin cepat dalam kalangan warga emas. Pada Januari hingga September yang lalu, 13 ribu orang warga emas lelaki dikesan dijangkiti virus HIV. Masyarakat kita dikehendaki meningkatkan perhatian terhadap permintaan rohaniah dan fisiologi golongan warga emas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China